Selasa, 2 Julai 2024

SELADANG

 


 Seladang ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau TanjungKerbau Air Liar Asia, dan bison



Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

SLOTH

  Sloth   merupakan enam  spesies   mamalia  bersaiz sederhana dalam  famili   Megalonychidae  (sloth berjari kaki dua) dan  Bradypodidae  (...

Cari Blog Ini