Selasa, 2 Julai 2024
SLOTH
BERUANG KUTUB
Beruang kutub ialah sejenis beruang yang terdapat di kawasan Artik pesisiran Lautan Artik dan sekitarnya. Ia adalah haiwan mamalia karnivora daratan terbesar dan spesies beruang terbesar.
Badan beruang kutub berukuran 200–250 sentimeter dengan berat 300–800 kilogram, beruang betina lebih kecil dengan ukuran 180–200 sm dengan berat 150–300 kg;[6] kepala beruang jantan lebih besa daripada beruang betina.
SELADANG
Seladang ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
KANGGARU

Kanggaru mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat, ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri, serta kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu marsupium untuk melengkapkan lanjut perkembangan posnatum anak. Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan.
KERA BEKANTAN
_male_Labuk_Bay_2.jpg)
Arkib Blog
- Julai 2024 (5)
SLOTH
Sloth merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berjari kaki dua) dan Bradypodidae (...
