Selasa, 2 Julai 2024

KERA BEKANTAN



Bekantan merupakan antara spesies monyet terbesar yang berasal dari Asia. Besarnya hanya ditandingi oleh kera Tibet dan beberapa subspesies langur kelabu. Perbezaan ciri-ciri sesama jantinanya ketara sekali. Bekantan jantan mempunyai panjang kepala ke tubuh sebanyak 66 hingga 76.2 cm (26.0 hingga 30.0 in) dan beratnya dalam 16 hingga 22.5 kg (35 hingga 50 lb), dengan berat maksimum diketahui sebanyak 30 kg (66 lb). Yang betina pula berukuran 53.3 hingga 62 cm (21.0 hingga 24.4 in) dari kepala ke tubuh dan berberat 7 hingga 12 kg (15 hingga 26 lb), dengan jisim maksimum diketahui sebanyak 15 kg (33 lb).

Kera jantan mempunyai hidung yang lebih besar daripada kera betina dengan ukuran yang boleh mencecah panjang 10.2 cm (4.0 in), malah ia berjuntai lebih rendah daripada paras mulut.Sungguhpun demikian, hidung si betina juga agak besar bagi sesejenis primat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

SLOTH

  Sloth   merupakan enam  spesies   mamalia  bersaiz sederhana dalam  famili   Megalonychidae  (sloth berjari kaki dua) dan  Bradypodidae  (...

Cari Blog Ini